Followers

do you like ? :)

Tuesday, July 26, 2011

Akru

Kelas yang aku ditempatkan selama dua tahun di SMK Pandan Mewah. Aku rindu semuanya! Aku rindu nak sekolah. Aku rindu dengan ahli-2 Akru, selama dua tahun kita cipta kenangan bersama, lalui pelbagai dugaan bersama-2, masih ingat cikgu merajuk dengan kita semua, sebab kelas kita bising. Kita semua tudingkan jari dekat rang itu dan orang ini. Padahal kita tak pernah terfikir kita pun salah. Kan? Kelas kita semua orang kenal disebabkan kenakalan kita. Kan? Semua guru suka masuk kelas kita sebab kelas kita happening. Terutama kumpulan azam and the gang: Acap, Shabil, Azam, Zulfiqar, Fuaad. Pelajar-2 cina pun apa kurangnya. Dengan semua aku ada kenangan. Aku rindu semua tuh, aku rindu nak belajar sama-2. Bila cikgu tanya semua jawab sama-2 espeacially Math. You all mesti ingat? Itu lah kenangan yang paling indah buat aku. Zaman Sekolah tak pernah aku lupekan :'( Aku masih ingat kita gaduh tentang baju Akru. Kita langsung takde pendapat yang sama cina ikut kepala cina, melayu ikut cara melayu sampaikan kita gaduh didebabkan baju tuh. Macam-2 kita lalui, sekarang kita dah ada laluan masing-2. Harap kita semua akan jadi pelajar yang cemerlang yang dapat banggakan agama, bangsa dan negara. Tak lupa jugak guru-2 yang telah banyk membantu kami hingga kini. Tanpa guru kami tidak berada di mana kami berpijak. Cikgu Siti Zamrud, Cikgu Mahani, Cikgu Nasrul Haiza dan lain-2. I miss you all :')

No comments:

Post a Comment